Monday, June 28, 2010

vacation or holiday.?

Hey Readers,

Letih tak terhingga diri aku. Selepas habis sport carnival di bmi aku terus gi genting keesokan harinye, pepagi dalam kul 8:30am (pagi la sgt!). Sampai sana we all trus check-in kat awana hotel (i give 4star la utk awana sbb best include service pon ok). Then naek cabel car ke genting. Lepak mapley coz pewot lapa (xsemua org taw kat genting ader kedai mapley ok!). Then jalan-jalan kat sana. Agak layan gak la dgn suhu sejuk kat sana ttbe lagi layan bila dah hujan. kompom la korank dapat byngkan suhu sana cam ner. Bila hujan plus petir korank agak-agak dapat x naek cabel car trun ke skyway. sudah semestinye NO WAY! sbb hujan la.

Bermula la episode kelam kabut sedikit. Aku dengan mak aku naek bus la direct ke awana hotel. then akak aku satu family include abg2 aku kena stay la kat genting coz sape nk bawak balik kereta kalo semua gerak g awana trus. Dah la kereta park kat skyway bus station. Akak aku pon mula la pasang strategi nak naek cab sbb cabel car xley operation sbb hujan, so nk di jadikan cerita pakcik cab (name xpayah meantion coz xtaw name pown) dgn selamber badak cab dengan bangganye dari genting ke skyway bus RM60! korank bayangkan la cekik darah. Mula-mula RM40 then tgk makin lebat ujan naek RM60. Akak aku xnak la. senang cerita kiterank xnak. Then g kat cabel car blk tgk2 dah function. Slamat RM60. haha. Sampai2 hotel pown dah kul 10:30pm (sumpah penat giler!).

Time bekpes lak kiterank bantai makan x hengat la. Rules on diet d ketepikan sbb xlarat tgk makanan sedap d tambahkan lak semlm punye la penat nak trun dari genting ke awana hotel. Padahal kalo x hujan ok jew perjalanan blk semlm. Haha :) Lepas jew mkn semua kiterank pown ambik la beberape gamba juge beli la beberapa bekalan utk kenalan2 di kL.

Nie adalah beberapa gambar semase berjalan-jalan di genting a.k.a korea :)

dari skyway ke genting. Abg eg memang wat lucu la time nie.

time nak balik dah so tangkap la gamba

picture sementara tunggu yang laen membeli bekalan utk kenalan, kami tangkap la gamba bersame si kecik qistina.

sport carnival!!

Hey Readers,


Here are some photographs in my storage during the sports carnival was held.Here we are !!

muka-muka ceria konon-konon la padahal tahan panas terik and terbakar muke tengah panas jaga takraw. we are linesman and scoreboard ^^,

muka-muka selepas abis mencari kedai makan sebab seharian menjaga takraw dari pagi hingga la ke petang. pewot lapa siot! :)

muka-muka meraikan kejayaan selepas abis sport carnival (last day), oppa dapat 1st runner utk volleyball and we all saket tekak selepas menyorakkan untuk pasukan team bmi kami :D

destinasi kami berakhir di sini. segalanya berakhir disini TAPI bukan bermaksud friendship kiterank dah berakhir. cume kenangan sport carnival berakhir di hadapan
da' gardens :p

word or harsh

Hey Readers,

"sorry" atau "maaf" - dua perkataan yang seringkali kita dengar ucapan ini bila melakukan sesuatu kesalahan atau menyedari akan kesalahan yang dilakukan oleh si pesalah. Bagi aku samada ucapan ikhlas/tidak ikhlas bergantung juga pada seseorang mengucapkan kata tersebut. Tiada manusia di dunia sempurna dan bagi yang tidak pernah menyebut perkataan ini, dia adalah seorang yang ego (ego tidak bertempat). setiap manusia mempunyai ego masing-masing TAPI tidak perlulah mempertahankan ego kalau secara terang-terangan kesalahan itu terjadi atas kesilapan kita sendiri.

Bagi aku, aku memang ingin mengucapkan perkataan ini pada seseorang tapi tidak pasti bila. Aku juga manusia biasa yang ada perasaan cuma tidak pasti samada aku benar-benar pasti atau tidak. Mungkin satu kesalahan kalau kita sayang seseorang dan dalam masa yang sama kita menyukai orang lain. Tapi yang pasti orang yang kita suka pula kita tidak tahu dia suka kita atau tidak, sebab kita sendiri tidak mengetahui kita menyukai dia dalam masa terlampau singkat.

Sejujurnya aku kadang-kadang cemburu gak la dengan orang yang boleh melukis. Aku teringin nak melukis tapi sayangnya aku tak pandai melukis. Sampaikan muka orang yang aku ngat akhirnyer luput di telan ngatan aku. haha. Yes! aku adalah peminat misteri seseorang tapi apakan daya aku, aku terlewat untuk membuatkan muke dia sentiase dalam ngatan aku. :)